Sakit Ketika Seks

Written on April 27, 2011 – 3:16 pm | by Dr. Cinta |

sakit ketika seksSAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.

Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.

Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan zakar lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.

Mengapa Kesakitan Berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

  1. Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
  2. Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
  3. Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
  4. Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.

Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.

Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva

Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.

Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan Faraj

Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.

Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

“Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.

Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.

Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’

Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria

Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.

“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.

Antara penyebab-penyebab vaginismus:

  • Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
  • Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
  • Jangkitan vulva dan faraj.

Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.

  • Penyakit keradangan pelvis.
  • Masalah dengan rahim.
  • Endometriosis.
  • Ketumbuhan di kawasan pelvis.
  • Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus.
  • Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau.
  • Ketumbuhan telur reproduksi.

Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.

Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:

  • Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
  • Bilakah anda berasa sakit?
  • Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
  • Sejarah perubatan?
  • Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan

  • Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.
  • Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.
  • Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.
  • Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi

Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.

Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.

Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.

Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.

“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’

Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 34 Responses to “Sakit Ketika Seks”

  2. By faizal on May 20, 2011 | Reply

    isteri saya mengalami masalah ini…berapa kos utk rawatan vaginismus ye?

  3. By TanyaLelaki on Jun 17, 2011 | Reply

    artikel seks yang berguna.. tq untuk info ini

  4. By ija on Sep 16, 2011 | Reply

    saya mengalami masalah setiap kali melakukan seks..tiap kali selepas melakukan..tumit kaki sebelah kanan akan berasa sakit yg teramat,,

  5. By zak on Oct 5, 2011 | Reply

    isteri saya akan terasa sakit bila melakukan seks,bukan d sebabkan kekeringan tapi dia rasa sakit pabila melakukan seks… xda yang di terangkan tentang sakit isteri saya itu seperti di atas.. berahi melakuakn seks nya ada tapi nikmat yang dia cari xdapat hanya sakit pada rahim yang hanya dia rasa apakah yang perlu saya lakukan pada isteri saya

  6. By lynn on Oct 18, 2011 | Reply

    saya berumur 23 thn.saya berkahwin semasa usia 20thn.di awal pekahwinan dulu saya pernah mengandung tapi saya ‘cuci’ semasa kandungan 3bulan kerana saya tidak bersedia.selepas itu apabila tiapkali nak bersama suami saya terasa sakit seperti tercucuk di bahagian kiri peranakan saya..sehingga skrg saya tkt jikalau saya tak dapat mengandung kerana mslah ini..

  7. By dean on Oct 20, 2011 | Reply

    wife saya mengalami Endometriosis? Adakah disebabkn penyakit ini ketika mengadakan hubungan intim ia terasa sakit?

  8. By Din on Mar 12, 2012 | Reply

    dapatkan SALAMON untuk menghilang kesan kesakitan faraj dan endometriosis.

  9. By linda on Dec 1, 2011 | Reply

    suami sy memasukkan bebola pd btg nya menyebabkan sy kesakitan ketika bersama.adakah ia selamat..?

  10. By Dr. Cinta on Feb 6, 2012 | Reply

    linda: bebola mcm mana? selagi bebola tu tak tertinggal dlm faraj anda rasanya tiada masalah. cuma kena pastikan bebola tu diperbuat dari apa? bersih ke? dan jika anda sakit, beritahu suami anda. jangan biarkan anda kesakitan. seks sepatutnya menyeronokkan bukan menyakitkan.

  11. By zana on Dec 23, 2011 | Reply

    ada kalanya bila saya bersama dgn suami, saya akan berasa sakit (ngilu). bila perkara itu berlaku, saya akan meminta suami berhenti utk bersama pada ketika itu. kenapa ye?

  12. By Dr. Cinta on Feb 6, 2012 | Reply

    zana: baru lepas pantang ke? perkara biasa jika perempuan lepas bersalin dan habis pantang ngilu disitu bila bersama.

  13. By fara on Feb 14, 2012 | Reply

    Sy sudah lebih seminggu berkahwin..sy mengalami kesakitan teramat sgt ketika kepala zakar ditusuk.sejak aritu saya takut untuk melakukankn hubungan dgn suami sy.
    Mcmner hilangkan rs sakit dan syboleh menjalankn tanggungjawab seorg isteri…
    Suami sgt memahami.bl sakit,beliau berhenti.
    Adakah saya mengandung sekiranya hanya kepala zakar terbenam ketika suami melakukan pancutan

  14. By amensahdan on Mar 3, 2012 | Reply

    saya berumur 27 thn.saya berkahwin semasa usia 25thn.di awal pekahwinan dulu isteri saya pernah mengandung dan 2 kali gugur. untuk kali yang gugur kali ke 2 isteri saya telah melakukan DNC (cuci rahim).selepas itu apabila tiapkali nak bersama, isteri akan memberitahu sakit di bahagian lubang faraj. Diharap doktor dapat membantu dalam hal ini.

  15. By nur on Mar 21, 2012 | Reply

    salam,sy mpunyai mslh tntg alat sulit sy mbengakak sy malu nk jmp dctor sbb dctor biasany btny soalan2 yg bnyk sy mpunyai suami tp sy xbth suami tkt nt dya bw sy bjmp dctor,adakah alat sulit sy d jngkiti kuman @ sbalikny.

  16. By Min on Mar 25, 2012 | Reply

    Saya mengalami banyak kesakitan sewaktu bersama suami.. Sakit di pintu rahim sakit kepala serta loya… Bila keadaaan klimaks dah semankinhampir saya akan hilang mood kerana kesakitan ini…saya sering mengelak dari sek dan seakan tiada Perasaan lagi… Apa punca. Nya

  17. By Bakal Kahwin on Apr 12, 2012 | Reply

    kalau malam pertama bagi seorang lelaki…Time nk pecahkan dara pastu time tu nk berdarah…perlu ker dia Pancut mse darah kluar?

  18. By yan on Apr 27, 2012 | Reply

    kenapa ah setiap kali b’sama suami saya akan merasa sakit macam rasa terkoyak fajar saya? kadang2 tu bengkak…

  19. By blues on May 14, 2012 | Reply

    Selama 1 tahun 4 bulan, selepas isteri melahirkan anak, saya tidak pernah memasukkan zakar kedalam faraj isteri sebab dia kata sakit. Alternatif kami adalah gesel2 diluar faraj shj. Tapi saya merasakan tidak puas. Isteri saya juga tidak menunjukkan keghairahan. Saya mula rasa tiada kenikmatan seks berumahtangga. Apala yg patut sy buat…

  20. By Nurul on Jun 7, 2012 | Reply

    Sye bru berkahwin dan bru pertama kali melakukan persetubuhan dgn suami..saye akui mmg menyakitkan pada permulaannya shinggalah sye sudah bleh mngikut rentak dan mnerimanya dgn baik..namun shri slps itu.. Sye mndapati apabila sye membuang air kecil..bhgian anggota sulit sye amat skit sperti ditekan sesuatu shinggalah kdg kala mnyebabkan kencing sye tidak lawas..adakah perkara sedemikian normal ataupun sbliknye..nasihat doktor amat diperlukan..trima kasih

  21. By mira on Jun 13, 2012 | Reply

    saya baru berkahwin lebih seminggu. sewaktu cuba melakukan persetubuhan kali pertama ianya sakit teramat..dalam masa 2-3 hari zakar dpt masuk dgn selamat tp ada kesakitan..hampir seminggu saya masih trauma, asyik fikirkan kesakitan,.ianya pedih waktu kemasukan zakar dan kadangkala pedih waktu henjutan apabila suami dalam keadaan duduk dan saya berbaring..tak pasti sama ada cairan lain keluar dari faraj sebab air mani suami akan sama keluar sewaktu menariknya dari faraj.harap dapat membantu, dr cinta.

  22. By Dan on Jun 23, 2012 | Reply

    Sy sudah berkahwin selama sebulan. Tp mais terasa sakit. Adakah sy perlu jumpa doc? Mohan nasihat. Tq

  23. By dieah on Jul 30, 2012 | Reply

    Saya telah bersalin anak pertama dan anak kedua melalui proses pembedahan… Mula2 dulu xda rasa sakit bila bersama tetapi setelah bersalinkan anak kedua kedua sakit tu ada bila bersama bila mana zakar telah masuk kedaam. Boleh saya tahu knpa benda ni berlaku…

  24. By AMRAN on Sep 10, 2012 | Reply

    sy dah 3 minggu berkahwin…sy menghadapi masalah apabila hendak melakukan hubungan sex dgn isteri selapas foreplay berlansung baru sahaja hendak mamasukkan zakar ke faraj isteri sy mengadu sakit yg amat sgt dan menjerit mcm org kena rogol..sy pernah sekali masukkn baru benamkan kepala zakar isteri sy dh mengadu sakit yg teramat sgt…serba salah sy di buatnya..sy tertekan dgn apabila akitivi sex setelah smpi utk memasukkan zakar isteri sy dh mula menjerit..isteri marayu supaya tidak memsukkan zakar…sy jd kempunan di buatnya..x dpt sy melaksakan hak sy yg sebenar…bantulah syy..pleasee…

  25. By Dr. Cinta on Sep 23, 2012 | Reply

    Dr Cinta: Bob, foreplay dulu. Senang cerita ringan2 dahulu. Jangan gelojoh utk memasukkan zakar. Cumbu2 dahulu sampai isteri “panas”. Bila kemaluan dah berair dengan banyak, boleh cuba utk memasukkan zakar tetapi jika isteri menghalang, jangan paksa.

    Cuba pujuk dan rayu isteri. Ingat, jangan sesekali memaksa. Wanita lemah pada pujuk rayu. Rayu cakap nak masuk sedikit saja. Rayu sampai isteri benarkan. InsyaALLAH isteri akan benarkan. Bila dah dapat kebenaran, cuba masukkan dengan perlahan-lahan. Jangan gelojoh. Jika isteri ckp sakit dan minta berhenti, berhenti lah.Jika dia benarkan, teruskan.

    Jika mlm tu gagal, cuba lagi malam esoknya. Ulang langkah diatas sampai berjaya masuk. Semoga berjaya.

    Jika masih gagal dan isteri takut, sila berjumpa doktor sakit puan. Takut ada isu lain.

  26. By nur on Oct 22, 2012 | Reply

    Salam doc.
    Saya dah berkahwin 2 thun 6 bln.saya mengalami pedih ketika bersama suami..sepanjang berkahwin seingat saya hanya beberapa kali percubaan kmi bjaya..saya rasa pedih sgt sampai fobia..kesian suami saya..dah bermacam cara dilakukan utk teangkan saya…tapi gagal…sy 24 th & suami 30…apa masalah sbnrya ya doc? Ada kah rawatan utk penyakit ini & bagaimana ? Harap doc blh bntu..trima kasih.

  27. By nana on Nov 8, 2012 | Reply

    saya juga mengalami keadaan yg sama…apbl suami memasukkn zakar, sy akn rasa ngilu yg amat…smpai terjerit2…rase ketat sgt n pedih…smpai sy suruh suami berhenti…knpe ye…umur skrg 26thun…tlgla sy..

  28. By ira on Nov 13, 2012 | Reply

    salam..Dr,,sy mengalami masalah sakit di bhgn peranakan..kdg2 rse mencucuk di sebelah kanan..kdg2 sebelah kiri..rasa mcm senak sgt..sy buntu..tidak tahu bgaimana cara utk mndptkan rawatan..kdg-kala bila bersama suami,sy rasa sakit seperti sy nyatakan di atas..kenapa yer??

  29. By fyza on Nov 24, 2012 | Reply

    saya selalu rasa pedih di dalam faraj setiap kali melakukan hubungan kelamin dengan suami saya…dan saya selalu rasa sakit selepas buang air kecil…saya juga sering menolak untuk bersama…,ada jalan penyelesaian x…?saya tidak mengalami masalah kekeringan dibahagian faraj

  30. By nina on Dec 1, 2012 | Reply

    sebelum ni saya ade masalah keputihan tp sudah elok sejak sy berjumpa docter,walau keputihan sudah pulih spnuh nye sy tetap berasa sakit dan perit tiap kali bersama suami,smpi kan satu tahap takut nak bersama…adakah efek dari masalah sblum ni??

  31. By Ada on Dec 3, 2012 | Reply

    Dr. sya mengalami msalah sakit atau bibir permukaan saya jd mengelebir selepas bersama dgn suami sya.. ape yg perlu sya dan suami lakukan ???

  32. By mrs.sha on Dec 5, 2012 | Reply

    ketika bersama suami,saya selalu merasa tidak puas,kerana suami saya cepat klimaks.sebelum kami berkhawin suami saya memberitahu saya dia ada mengunakan sejenis ubat untuk membesarkan zakarnya.adakah itu kesannya,suami saya cepat klimaks?ape cara perubatannya?

    t.k

  33. By eyla on Dec 14, 2012 | Reply

    Salam..sy jarang melakukan seks.. Kdg2 dkat sthun..Hmpir stiap kali mlakukan seks sy akan berasa sakit dan sdkit brdrah.. Adakah krna lubang faraj sy kmbali merapat atau sy smmgnya ade masalah pda vagina?

  34. By fadz on Dec 15, 2012 | Reply

    Salam..
    Adakah selepas selaput dara pecah.darah akan sentiasa kelauar walaupun sudah sehari .setiap kali mandi darah masih lg keluar…adakah berlaku luka…ingi. nasihat dr doktor.

  35. By Qisha on Dec 17, 2012 | Reply

    Sy baru je bernikah .. tapi malam pertama saya mengalami masalah untuk bersetubuh dengan suami . kesakitan teramat apabila suami cuba utk memasukan zakar nya .. pastu mungkin sedikit isi terkoyak lalu berdarah sikit .Belum zakar tu masuk saye trus suroh suami berhenti . hati nak,tapi sebab sakit saya menolak .Suami cakap faraj sy tade Lubang langsung . susah nak masuk . camna nak selesai masalah sye ni .? Tolong sye dr.cinta..

Post a Comment

Ebook Percuma

Ebook percuma untuk anda yang bergelar atau bakal bergelar suami isteri:

  1. Permata Yang Hilang
  2. Kama Sutra
  3. 40 Nasihat Memperbaiki Rumahtangga
Find entries :