21Mar/120

Asmara Untuk Isteri Sibuk

Hidup pada zaman yang serba mencabar dan cepat ini,menuntut manusia supaya lebih komited dengan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di pejabat mahupun di rumah.Oleh itu tekanan perasaan sering berlaku dan sekiranya dibiarkan berlanjutan nescaya boleh mengakibatkan kesan negatif pada kehidupan seharian termasuklah aktiviti seksual.Lihat sajalah pasangan berkahwin yang terlalu sibuk dengan kerja.

Apabila masing-masing dilanda tekanan kerja,sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi mood untuk berasmara.Seharusnya perkara begini tidak berlaku.Mungkin sekali dua tidak mengapa,tetapi jika berpanjangan pasti ada luahan kecewa daripada pasangan.Terbaiknya uruslah masa dengan betul dan bijaksana agar rumah tangga sentiasa bahagia dan bermakna.

Lebihkan waktu untuk pasangan

Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan berbanding kerja(sekiranya ingin menimang cahaya mata).Jika anda di kategori sebagai pekerja yang kerap menjadi penghuni terakhir pejabat,maka berubahlah.Fikirkan betapa pasangan sentiasa menantikan kepulangan anda.Paling tidak anda masih punya masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum melangsungkan aktiviti malam hari.

Pentingnya kualiti bukan kuantiti

Petua lama bukanlah paksaan untuk diamalkan.Jika rasa tidak berkemampuan maka berhentilah.Jangan sampai membebankan kesihatan tatkala menjamah telur ayam bercampur madu semata-mata untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kekuatan apabila bersama.Masih ada alternatif yang revelan dan mudah dipraktikan seperti senaman secara konsisten,kawalam makanan dan macam-macam lagi.Cara itu,anda juga berjaya memperoleh stamina dan keyakinan untuk memulakan aksi ranjang bersama pasangan.Ingat yang penting kualiti bukan kuantiti.

Ubati kemurangan dengan seks

Sering tertekan dan murung menyelesaikan tugas-tugas di pejabat?Usah risau kerana penawarnya cukup mudah.Segera dapatkan pasangan dan lakukan hubungan kelamin ketika malam menjelang tiba.

Mengapa?Kerana seks sesuatu yang menenangkan.Tambahan pula ketika orgasma,hormon oxytocin dirembes keluar.Hormon inilah yang mencetuskan ketenangan sekaligus memberi kesan relaks pada tubuh dan pemikiran.

Perut kenyang tenaga kurang

Lapar pada waktu malam?Boleh makan tetapi jangan terlalu lewat kerana perut yang kenyang mengakibatkan badan menjadi letih dan mengantuk.Bahkan tenaga pun sudah berkurangan sekaligus melenyapkan keinginan untuk berasmara pada malam berkenaan.

Buat temu janji sebelum beraksi

Bukan dengan orang luar sahaja perlu buat temu janji,tetapi pasangan suami isteri juga perlu praktikkannya.Sebaik-baiknya beritahu pasangan pukul berapa akan masuk ke  dalam bilik dan meneruskan aktiviti mengikuti perancangan.

Cara ini dikatakan berkesan kerana masing-masing sudah bersedia dan melupakan segala kerja-kerja harian.Tiada lagi pangilan telefon atau komputer riba,sebaliknya rangkulan serta ciuman hangat jadi peneman pada kala cinta sedang membara

Baca Selanjutnya: Asmara Untuk Isteri Sibuk
27Feb/120

Jangkitan Kuman Pada Vagina Ketika Hamil

Jangkitan kuman pada vagina boleh berlaku kepada mana-mana wanita dewasa.Wanita hamil juga tidak lepas dari berhadapan dengan risiko ini.Menurut American Pregnancy Association,antara 10 hingga 30 peratus wanita hamil di Amerika Syarikat berisiko untuk dijangkiti bakteria pada vagina.

Perlu diketahui,jangkitan sebegitu boleh menjadi penyebab utama keguguran dan kelahiran bayi pramatang terutamanya pada trimister kedua kehamilan.Mengapa hal sebegini boleh berlaku?Keadaan itu disebabkan oleh gangguan keseimbangan bakteria(mikroflora) yang membiak di vagina.Sunggupun demikian punca gangguan keseimbangan mikroflora pada vagina itu sendiri masih belum dikenal pasti sehingga hari ini.Antara jangkitan kuman yang sering didapati adalah Gardnerella vaginitis,Chlamydia, Gonococcus dan Treponema pallidum.

Begitu juga hormon estorogen meningkat sewaktu  seseorang wanita disahkan hamil.Dalam masa yang sama ia juga menyebabkan vagina mudah diserang bakteria.Bagaimana keadaan ini boleh terjadi?Semasa hamil,hormon estrogen yang meningkat akan menyebabkan vagina    menghasilkan lebih banyak glikogen iaitu sejenis karbon-hidrat yang menggalakkan pertumbuhan bakteria di kawasan sekitarnya.

Keadaan itulah yang menyebabkan  vagina mudah terasa gatal,seakan terbakar ketika membuang air kecil,kawasan sekitar vagina berwarna kemerah-merahan,sakit ketika melakukan hubungan seks,ada cairan vagina yang tidak berbau,berwarna putih dan melekat seperti keju.

Ia juga boleh ditandai dengan keluarnya cairan yang berwarna kehijauan pada vagina dan ia juga mengeluarkan bau yang busuk.Tanda lain yang boleh dikenal pasti adalah keluarnya cairan pada vagina berwarna putih dan berbau hanyir terutamanya selepas hubungan intim dengan suami.Gejala itu juga boleh disertai dengan rasa panas seperti terbakar ketika membuang air kecil.

Risiko bayi lahir pramatang

Apabila wanita hamil dijangkiti keadaan sedemikian bayinya berisiko untuk dilahirkan secara pramatang kerana air ketuban terpecah awal.Begitu juga dengan laluan kelahiran yang terbuka terlalu awal,bayi lahir kurang berat badan dan risiko berlaku jangkitan pada rahim selepas bersalin menjadi lebih besar.

Penyakit sedemikian boleh diatasi dengan melakukan pembersihan vagina menggunakan cecair khusus(vaginal drainage).Jika masih tidak berkurangan doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk wanita hamil sama ada dalam bentuk pil atau gel.Namun ,pemberian anti biotik ini tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri mengganggu perkembangan janin.

Seharusnya wanita hamil mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan agar tidak terlalu gemuk.Perlu juga memastikan kelembapan organ intim dan lakukan senaman rutin agar cecair pada vagina berjalan dengan lancar sekali gus membuatkan ia tidak tertahan lama pada vagina.Bakal ibu juga perlu minum banyak air putih dan jangan menahan diri dari membuang air kecil.

Tumpuan rawatan juga bukan semata-mata ke atas wanita hamil,malah suami turut diberikan rawatan pencerahan.Justeru,penyakit dapat diatasi dengan berkesan.Sekiranya mendapati terdapat tanda keputihan pada seluar dalam,ambil perhatian untuk menukarnya.

31Jan/120

Wanita Malu Ketika Puas

Wanita Malu Ketika PuasBanyak wanita yang kurang mengekspresikan dirinya saat merasakan ejakulasi. Ini mungkin terjadi kerana umumnya wanita tidak mampu mengalami dan melepaskan secara total ejakulasinya kerana dibelenggu perasaan malu kepada pasangannya. Untuk mengekspresikan hal ini, memang diperlukan beberapa pendekatan sederhana yang mungkin luput daripada perhatian anda.

Kompromi, bukan bererti membohongi diri sendiri. Namun, jujurlah pada diri sendiri dan jangan menutupi keinginan anda untuk berejakulasi. Memang pada kenyataannya wanita lebih jujur menerima atau menahan dan melepaskan ejakulasi berbanding lelaki.

Baca Selanjutnya: Wanita Malu Ketika Puas
26Jan/120

Tips Malam Pertama Buat Isteri

Tips Malam Pertama Buat IsteriMalam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

  1. Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
  2. Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.
  3. Tergesa-gesa - Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

  1. Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.
  2. Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
  3. Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
  4. Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.

BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Baca Selanjutnya: Tips Malam Pertama Buat Isteri
3Aug/118

Tidak Terangsang Ketika Bersama Suami

tidak terangsang ketika bersamaSaya mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu. Masalahnya hingga kini saya tidak mempunyai sebarang rasa ketika melakukan hubungan seksual dengan suami.

Untuk pengetahuan puan, selaput dara saya pecah hanya selepas kira-kira sebulan selepas kami berkahwin. Adakah ia normal?

Saya juga tidak pernah terangsang bila bersama suami walaupun saya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim dengannya.

Ada masa ketika bersama, saya berasa sakit dan biasanya tidak berasa apa-apa. Adakah ini normal?

Hingga kini saya belum hamil. Adakah saya berpotensi untuk hamil?

WANITA RUNSING Terengganu.

-----------------------------

Jawapan:

27Apr/1112

Sakit Ketika Seks

sakit ketika seksSAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.

Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.

Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.

Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Baca Selanjutnya: Sakit Ketika Seks
8Mar/111

Masalah Seksual Wanita

masalah seksual wanitaAcap kali kita mendengar perbincangan tentang masalah seksual di kalangan lelaki seperti gangguan ereksi atau ketegangan, disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk, ejakulasi pramatang, lemah tenaga batin, alat kelamin tidak normal dan lain-lain lagi.

Apa pula halnya dengan wanita? Dalam pada masalah seksual lelaki menarik perhatian ramai baik dari segi penyelidikan mahupun perkembangan rawatannya,masalah seksual wanita atau lebih popular sebagai FSD, umpama melukut di tepi gantang – dipinggirkan oleh majoriti komuniti perubatan.

Hakikatnya, ramai wanita yang menderita. Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan, lebih 43 peratus (kira-kira 40 juta) wanita ada mengalami beberapa bentuk masalah seksual.

Malah, setiap wanita dipercayai mengalami masalah seksual sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.

Ia termasuklah pelbagai gangguan berkaitan keinginan syahwat, rangsangan semasa hubungan seks, masalah mencapai klimaks atau kemuncak mahupun sakit ketika bersama suami.

Adakah anda pun sama? Jika ya, anda tidak berseorangan dan berita baiknya, ia boleh dibantu.

Baca Selanjutnya: Masalah Seksual Wanita
6Mar/1136

11 Titik Ghairah Wanita

titik ghairahSuami hanya menyentuh di daerah sekitar dada dan paha? Aduh, dia wajib baca tulisan ini.

Wanita mempunyai banyak titik ghairah yang wajib dieksplorasi bukan hanya sekitar wilayah dada sahaja. Tangan dan kaki, jika disentuh secara tepat akan menghasilkan sensasi tidak terkata!

Sebenarnya, from head to toe, itulah wilayah peka wanita, sayangnya banyak laki-laki yang tidak mengetahui hal itu. Sebahagian besar lelaki cepat menginginkan pasangannya berbaring di tempat tidur dengan kaki terbuka lebar dan meninggalkan bahagian tubuh lain. Kuno sekali!

Inilah saatnya lelaki fokus pada bahagian tubuh pasangan yang selama ini mungkin diabaikan. Minta si dia melakukan sesuatu yang berbeza kali ini.

Jika dia belum tahu wilayah mana yang peka terhadap sentuhan, tunjukkan saja tulisan ini padanya. Selamat mencuba!

Baca Selanjutnya: 11 Titik Ghairah Wanita