• Home
     
  • Ebook Percuma
     
SeniCinta

Tips Suami Isteri Alam Rumahtangga

You are here:

Home Page | Tips Seksual Suami Isteri | Kesihatan Seksual

Kesihatan Seksual

icon-userAuthor: Dr. Cinta

icon-calendarDate: February 24, 2011

icon-commentComments: 1

  • Tweet

kesihatan seksualKESIHATAN SESUAL adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat.

Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan.

Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi erektil atau dikenali sebagai mati pucuk.

Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks.

Disfungsi erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi erektil adalah biasa apabila umur meningkat.

Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil.

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah syahwat.

Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya.

Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pil “rekreasi” dan diet yang tinggi kandungan kolesterol turut mempengaruhi kualiti seks.

Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks.

Sejak dahulu lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.

Kini, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.

Tags: emosi, ereksi, herba, mati pucuk, seks, tenaga batin, zakar

Related posts

Jun22

Hukum Suami Pancut Luar Semasa Jimak

by Dr. Cinta

Comments: 0

Jul23

Suami Cepat Klimaks

by Dr. Cinta

Comments: 0

Mar26

Hasrat Seks Jangan Biar Terpendam

by Dr. Cinta

Comments: 0

Jan24

Cumbuan Sebelum Seks

by Dr. Cinta

Comments: 0

Comments

Trackbacks and pingbacks

  1. Kesihatan Seksual - Portal Finance, Investment & Business
    [...] herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik. Kesihatan Seksual | SeniCinta.My ...

Leave a Reply Cancel reply

Categories

  • Herba-Herba Seksual
  • Hukum Hakam
  • Lawak Santai Suami Isteri
  • Nasihat Buat Isteri
  • Tips Seksual Lelaki
  • Tips Seksual Suami Isteri
  • Tips Seksual Wanita

Archives

  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • August 2011
  • July 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011

Copyright SeniCinta 2012

Powered by Your Inspiration Themes