Awas!! Bila Ghairah Mula Menurun
Pernahkan anda berhadapan dengan situasi di mana keinginan untuk bersama,tetapi sebaik berdua-duaan di dalam kamar,nafsu yang tadinya bernyala,tiba-tiba terbantut begitu sahaja.
Biarpun isteri mengoda dengan pakaian dan belaian manja namun semuanya lansung tidak berkesan.Mengapakah perkara sebegini berlaku.Apakah ia salah satu dari beberapa perkara yang menyebabkan eraksi menurun?
Hilang rasa cinta
Jangan anggap ia sesuatu yang remeh sebaliknya cari sebabnya dengan segera.Mungkin sesuatu telah berlaku antara anda dan pasangan.Selagi mampu diselesaikan maka cubalah bersungguh-sunguh.Jangan kerana hal yang kecil anda hilang keinginan untuk bercinta dengannya semula.
Libido menurun mendadak
Penurunan libido berlaku secara luar biasa usah dibiarkan. Ini kerana lama kelamaan anda tak mampu 'ketahui' dan rasai keghairahan yang dinikmati sebelum ini.
Tertekan dengan kerja
Masalah sebegini kerap terjadi pada individu yang kuat bekerja.Kalau boleh sepanjang masa ingin berada di pejabat.Kerana itu golongan seperti ini sering terperangkap dengan tekanan yang akhirnya berpanjangan.Tidak mustahillah jika mereka kurang berkeinginan untuk meluangkan masa bersama pasangan disebabkan penat ataupun tertekan.
Mudah marah
Hanya kerana perkara yang kecil,anda menjadi seorang yang cepat tersentuh.Pantang silap sedikit mulalah perasaan marahnya menggunung tinggi.Hal seperti ini harus ditangani dengan cepat agar tidak menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan kelak.
Seks sesuatu yang membosankan
Langsung tidak bersemangat apabila ajakan daripada pasangan.Kalau boleh ada sahaja alasan yang ingin diberikan untuk mengelakkan diri.Bagi golongan seperti ini,hubungan seksual bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan bahkan membosankan.Puncanya masih jadi persoalan dan digalakkan supaya berjumpa dengan kaunselor bagi mengatasi masalah yang berlaku.
Sering Penat
Penatnya hanya Tuhan yang tahu.Meskipun cuba menyembunyikan perkara itu daripada pasangan,tetapi hakikatnya tubuh tidak mampu menipu.Apatah lagi sekiranya ia berlaku hampir setiap hari.Agak-agaknya bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk tangani masalah begini?
Mood tidak menentu
Boleh dikatakan dalam tempoh satu bulan,anda sering bermasam muka malah mood untuk bermesra dan bermanja dengan pasangan pun tiada.Tiap kali diajak bersama, ada sahaja masalahnya.Harus diingat ia merupakan masalah yang perlu diselesaikan segera.Jika tidak rumah tangga anda berada dalam situasi bahaya.
Obesiti dan Seks Lelaki
Tidak subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri.Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan dikalangan orang ramai.
Faktor-faktor ketidaksuburan mungkin disebabkan oleh persekitaran ,genetik atau hal berkaitan tabiat hidup.Antara masalah paling ketara di kalangan suami isteri yang kurang subur adalah obesiti.
Kajian menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro(IVF).Berat badan terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.
Hakikatnya, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan.Dalam perkara ini,lelaki obesiti dilihat mempunyai kemampuan syahwat yang rendah.Ini kerana golongan ini sering berasa letih dan saiz perut yang besar menganggu keselesaan ketika melakukan hubungan seks.
Dalam hubungan seks kemampuan seksual lelaki bersaiz besar sering menjadi persoalan.Kebiasaannya ramai mempertikaikan kesuburan wanita obes tetapi sebenarnya lelaki juga mengalami masalah yang sama.Ini kerana lelaki obes mempunyai sperma yang tidak aktif atau berkurangan.Sperma pula yang terletak di dalam kerandut di luar buah zakar sebenarnya tidak boleh berada pada suhu 35 darjah Celsius ke atas.
Kebanyakkan lelaki obes tidak menyedari ketika mereka duduk , lemak pada bahagian perut akan bersentuh dengan kerandut zakar.Kerandut akan menjadi panas hingga menyebabkan sperma menjadi kurang atau tidak aktif.
Oleh itu lelaki dinasihatkan supaya tidak memakai seluar atau pakaian ketat yang boleh memyebabkan suhu kerandut menjadi tinggi.Selain ubat subur,lelaki obes boleh menggunakan pek ais dan meletakkan dibahagian kerandut untuk menurunkan suhu.Ini boleh dilakukan ketika mereka duduk atau berehat.
Selain itu,selepas setahun berkahwin dan mereka masih belum mempunyai zuriat,dinasihatkan supaya segera berjumpa pakar sakit tuan.Melalui pemeriksaan tahap hormon dan sperma,tahap sperma boleh diukur dan rawatan berikutnya boleh dilakukan.
Selain itu,orang yang obes itu juga dinasihatkan tidak merokok, menjauhi sauna atau jangan berendam dalam air panas.Aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat suhu kerandut tadi dan mejejaskan fungsi sperma.
Cara Tambah Air Mani
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.
Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:
- Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
- Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
Masalah Cepat Pancut
Cepat klimaks menjadi dilema kebanyakan lelaki yang baru mulakan hubungan keintiman seksual. Mereka boleh mencapai ereksi dan mudah melakukan seks penetratif, tetapi kurang daya kawalan rangsangan dan selalu klimaks apabila perasaan ghairah tercetus, tidak dapat mengawal atau meredakan perasaan hendak klimaks.
Sebilangan lelaki dapat mengawal ejakulasi selepas dapat mengenali rentak gerakan dan keghairahan. Ada juga yang dapat mengekalkan ereksi walaupun selepas mencapai ejakulasi.
Mereka yang gagal mengatasi masalah cepat klimaks akan terus dihantui dilema itu dan cuba sedaya upaya menanganinya dengan apa cara, termasuk yang berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan mereka serta pasangan.
Teknik bersetubuh yang dapat melambatkan ejakulasi ialah apabila lelaki memasukkan ereksi sampai habis serta melakukan tarikan dan tolakan pendek iaitu kemasukan ereksi secara tusukan.
Mimpi Basah Lelaki
Bagi kebanyakan lelaki, "mimpi basah" adalah sesuatu yang penting kerana ia menandakan mereka memasuki alam dewasa atau lebih tepat, baligh.
Namun, ada soalan diterima daripada lelaki yang memasuki usia awal 20-an tetapi mengaku tidak pernah mengalami mimpi sedemikian. Mereka bimbang sama ada sudah baligh atau tidak?
Buat pengetahuan, bagi wanita, tanda baligh mereka ialah kemunculan darah haid. Ia juga menandakan wanita berkenaan memasuki alam yang membolehkan mereka hamil jika bersetubuh.
Tanda ini dikenali sebagai "menarche" yang dihadapi semua wanita normal. Bagaimanapun, berbeza dengan lelaki yang sperma mereka aktif sepanjang hayat, wanita mengalami proses "menopaus" pada peringkat lewat usia.
Berbalik kepada persoalan mengenai mimpi basah, ia antara dua tanda, selain pancutan air mani ketika merangsang zakar yang mana selama ini tidak pernah keluar air mani ketika merangsangkannya, yang menandakan seseorang itu baligh.
Bahaya Liwat
DUBUR mengandungi banyak kuman (daripada najis) yang berpotensi memasuki aliran darah dan menyebabkan jangkitan teruk. Pada bukaan dubur, ada struktur seperti injap (sfinkter) yang mengawal pembukaan dan penutupannya sewaktu membuang air besar.
Sfinkter ini tidak seperti faraj, ia tidak bersedia mengembang dan mudah koyak serta kekal rosak. Koyakan (fisur) ini boleh mengundang jangkitan kuman daripada lubang usus ke dalam aliran darah seseorang.
Pasangan lelakinya juga berpotensi dijangkiti kuman ke kemaluannya atau ke dalam pundi kencingnya. Ini bukanlah amalan yang sihat. Ia juga haram dalam Islam.
Urut Atasi Masalah Seks?
Saya berusia lewat 30-an dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun saya masih muda saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai kesihatan seksual. Semasa melakukan hubungan seks ia tidak dapat bertahan lama dan kerap mendapat rungutan daripada isteri. Adakah amalan urutan tradisional boleh mengatasi masalah ini?
Jawapan:
Urutan Intim
Pakar sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita, Dr. Ismail Tambi yang terkenal membicarakan persoalan seks secara ilmiah mengakui bahawa amalan urutan antara suami isteri akan dapat meningkatkan keintiman seksual dan keharmonian rumahtangga.
Urut mengurut yang halal antara suami isteri memang digalakkan kerana ia mendatangkan satu kenikmatan luar biasa tetapi kita masih mengabaikan kepentingan itu, sedangkan ia boleh membantu membina kebahagiaan rumahtangga.
Menurutnya, teknik urutan itu juga perlu berpandukan kepada kaedah saintifik supaya ia mendatangkan kesan kesihatan kepada anggota tubuh badan dan seksual.
"Sepatutnya masyarakat kita jangan tertutup atau malu kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan seks secara ilmiah dan ia perlu disebarkan secara terbuka", kata Ketua Klinik Pakar Pusat Kepakaran Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu di sini hari ini.
Menurutnya, tidak timbul masalah pendidikan ilmiah secara terbuka mengenai seks itu akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja, malah mereka akan lebih memahami perkara yang tidak baik berhubung dengan seks dan elemen rangsangan lain ke arah itu.
Dr. Ismail mengulas isu hangat teknik urutan 'cakaran harimau' dan 'urutan labah-labah' bagi membina keintiman suami isteri sekali gus mendorong kepada rangsangan seks untuk keharmonian rumahtangga seperti yang dinyatakan oleh penceramah agama dan motivasi, Siti Nor Bahyah Mahmood kelmarin.
Dr. Ismail mengakui sentuhan kulit antara lelaki dan perempuan memang boleh mendatangkan kenikmatan dan boleh dimanfaatkan oleh pasangan suami isteri.
Abang Hebat Diranjang
Ramai di kalangan lelaki masa kini lebih bersikap angkuh keatas pasangannya, iaitu tidak mahu mempersoalkan tentang kelemahan diri sendiri. Nyata dan jelas bahawa bentuk fizikal dan saiz bukanlah ukuran aset berharga bagi kaum lelaki sekiranya tewas di ranjang.
Banyak yang sudah kita dengar dan lihat dimana berlakunya perpisahan serta penceraian berpunca daripada ego seseorang lelaki yang tidak mahu mengerti tentang rahsia kehebatan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Rahsia yang teristimewa buat kaum lelaki.
Kebanyakkan kaum wanita tidak mengutamakan paras rupa dan fizikal seorang lelaki sebaliknya hebat diranjang adalah permata yang paling berharga buat mereka.
Bukan hendak menunding jari atau menyalahkan kaum lelaki dalam kehidupan permainan diranjang, tetapi buktikan hebatnya kita dimata kaum HAWA. Wahai lelaki kita mantapkan tenaga batin dengan memahat kata kunci ini,
- Keras Seperti Besi
- Tahan Lama Bak Berlian
- Beraksi Bagaikan Pendekar
Dan bersedialah wahai kaum lelaki sekiranya sidia membisikkan....
Abang bukan setakat gagah pada zahir… tapi batin pun hebat. 3 lautan dalam diharungi tanpa henti masih tetap tegap dan teguh berdiri. Sayang abang buat selama-lamanya
Atau mungkin ini juga…
Terima kasih wahai Abangku Sayang. Abang memang hulubalang terbilang. Setiap kali bersama, daku pasti puas bukan kepalang.
Wahai kaum lelaki gegarkan rahsia kekuatan kita dimata kaum wanita. Ketahui rahsia menjadi suami idaman isteri dengan membaca blog ini. Anda digalakkan bookmark blog ini dengan tekan butang Control + D atau masukkan email anda dibawah untuk menerima update terus ke email anda.