Home / Kesihatan Seksual Wanita / Jangkitan Kuman Pada Vagina Ketika Hamil

Jangkitan Kuman Pada Vagina Ketika Hamil

Jangkitan kuman pada vagina boleh berlaku kepada mana-mana wanita dewasa. Wanita hamil juga tidak lepas dari berhadapan dengan risiko ini. Menurut American Pregnancy Association,antara 10 hingga 30 peratus wanita hamil di Amerika Syarikat berisiko untuk dijangkiti bakteria pada vagina.

Perlu diketahui,jangkitan sebegitu boleh menjadi penyebab utama keguguran dan kelahiran bayi pramatang terutamanya pada trimister kedua kehamilan. Mengapa hal sebegini boleh berlaku?Keadaan itu disebabkan oleh gangguan keseimbangan bakteria(mikroflora) yang membiak di vagina. Sunggupun demikian punca gangguan keseimbangan mikroflora pada vagina itu sendiri masih belum dikenal pasti sehingga hari ini. Antara jangkitan kuman yang sering didapati adalah Gardnerella vaginitis,Chlamydia, Gonococcus dan Treponema pallidum.

Begitu juga hormon estorogen meningkat sewaktu  seseorang wanita disahkan hamil. Dalam masa yang sama ia juga menyebabkan vagina mudah diserang bakteria. Bagaimana keadaan ini boleh terjadi?Semasa hamil,hormon estrogen yang meningkat akan menyebabkan vagina    menghasilkan lebih banyak glikogen iaitu sejenis karbon-hidrat yang menggalakkan pertumbuhan bakteria di kawasan sekitarnya.

Keadaan itulah yang menyebabkan  vagina mudah terasa gatal,seakan terbakar ketika membuang air kecil,kawasan sekitar vagina berwarna kemerah-merahan,sakit ketika melakukan hubungan seks,ada cairan vagina yang tidak berbau,berwarna putih dan melekat seperti keju.

Ia juga boleh ditandai dengan keluarnya cairan yang berwarna kehijauan pada vagina dan ia juga mengeluarkan bau yang busuk. Tanda lain yang boleh dikenal pasti adalah keluarnya cairan pada vagina berwarna putih dan berbau hanyir terutamanya selepas hubungan intim dengan suami. Gejala itu juga boleh disertai dengan rasa panas seperti terbakar ketika membuang air kecil.

Risiko Bayi Lahir Pramatang

Apabila wanita hamil dijangkiti keadaan sedemikian bayinya berisiko untuk dilahirkan secara pramatang kerana air ketuban terpecah awal. Begitu juga dengan laluan kelahiran yang terbuka terlalu awal,bayi lahir kurang berat badan dan risiko berlaku jangkitan pada rahim selepas bersalin menjadi lebih besar.

Penyakit sedemikian boleh diatasi dengan melakukan pembersihan vagina menggunakan cecair khusus(vaginal drainage). Jika masih tidak berkurangan doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk wanita hamil sama ada dalam bentuk pil atau gel. Namun ,pemberian anti biotik ini tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri mengganggu perkembangan janin.

Seharusnya wanita hamil mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan agar tidak terlalu gemuk. Perlu juga memastikan kelembapan organ intim dan lakukan senaman rutin agar cecair pada vagina berjalan dengan lancar sekali gus membuatkan ia tidak tertahan lama pada vagina. Bakal ibu juga perlu minum banyak air putih dan jangan menahan diri dari membuang air kecil.

Tumpuan rawatan juga bukan semata-mata ke atas wanita hamil,malah suami turut diberikan rawatan pencerahan. Justeru,penyakit dapat diatasi dengan berkesan. Sekiranya mendapati terdapat tanda keputihan pada seluar dalam,ambil perhatian untuk menukarnya.

About Dr. Cinta

Seorang suami & abah. Semua artikel diblog ni adalah untuk rujukan diri sendiri. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel2 ini kpd pasangan atau kwn2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *